Sabtu, 24 September 2011

Aku Taknak Pejam Mata…Buka … dan Pejam Balik

Assalamualaikum w.b.t

            Tajuk yang sungguh sempoi.. sempoi kerr? Aku Taknak Pejam Mata… mesti korang tertanya-tanya kan? Ape yang aku marapu sebenarnya.. ok.. aku temukan something dalam diri aku yang sangat innocent. Iaitu aku dah boring untuk tido… mungkin aku jer yang mengalami fenomena nih sebab as a STPM candidate memang fenomena sebegini sering terjadi.

Berbalik pada hal tadi, Dulu aku sangat-sangat merasai hidup yang sangat sunyi. Dan untuk mengisi kesunyian tersebut aku temukan satu cara iaitu TIDO.. Ternyata tido boleh ilangkan rasa bosan dan sunyi yang aku alami tapi aku terlepas pandang pada satu benda yang dinamakan SIA-SIA.. korang tak faham? Ok mungkin otak korang lembap sangat , lemah atau aku yang terlebih tahap pemikirannya…  aku terangkan pelan-pelan… ape? Abaikan? Biarlah dah aku nak terangkan.. blog aku suka aty lah.. faham leklok yerp.

Bosan = tido = sia-sia

Ok dah faham? Benda mudah jer kan. Jadi bila aku rasakan demikian aku rasa dah tak nak buang masa ngn tido lagi… Tapi macam yang aku tahu tuhan jadikan malam untuk manusia beristirahat so tak salah untuk beristirahat tenangkan badan dan minda korang. Namun perlu diingatkan jangan melampaui batas kerana takut nanti korang mensia-siakan usia muda korang..Ustazah lah plak…ecece

Berbalik pada “Aku Taknak Pejam Mata” tadi. Korang pernah tak rasa yang korang dah taknak hidup? Penah ? ok korang sekarang sebenarnya mengalami satu fasa kecelaruan hidup yang mana memerlukan korang tidur selama bertahun-tahun lamanya untuk korang sedar yang korang betul-betul tak menikmati hidup yang cukup indah ini.


Untuk pengetahuan semua yang tengah frust ngan hidup masing-masing, aku nak ingat kan yang kita sebenarnya cukup bertuah.. Dilahirkan sebagai islam , merasai hirup udara yang sungguh selesa di negara yang aman damai. kenapa kita tidak bersyukur? Jomlah buka minda kita seluas-luasnya kerana akal yang dikurniakan Allah itu lebih banyak gunanya daripada memori cip yang dicipta untuk computer second hand korang tuh. Aku cukup terkilan bilamana ada manusia yang sanggup nak mampuskan kepala tengkak diorang dengan izin diri sendiri lepas frust ngan mana-mana minah/ jantan..



 weiii bukan maen payah mak korang meneran kasi korang kluar .. tuh pun korang tak pernah pk ker… tengok .. aku dah marah nih… ok lah aku taknak marah-marah nanti tak pasal-pasal terkena darah tinggi plak…



BTW korang adalah khalifah yang Dia ciptakan. Bukan untuk sia-sia tapi untuk beramal ibadat..
Buat sesuatu benda tuh biarlah yang terbaik . ok aku suka apa yang dikatakan oleh Fernando Flores bukan Fernando Torres yerp…KOrang faham baek-baek…

“Great work is done by people who are not afraid to be great” FF

Kalu korang nak aku terjemah aku rase takpayah lah.. aku bukan terror pom cakap omputih nih. Kalau tak paham pergi cari kamus dan belajar sendiri atau terbang ke Amerika Syarikat suruh Obama translate kan . ok aku dah cukup merapu.. memang aku perlu tidur lah jawabnya…ding dong …gud night alzzz..

Wassalam warga 1Blog.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...