Khamis, 20 Oktober 2011

Cinta hati & Cinta nafsu..

Mintalah pada yang boleh memberi..

Kenapa bila ditanya mengenai cinta, semua orang akan bermegah dan mendabik dada bilamana diri sendiri merasa bangga bila hati sudah berpunya?
Sedangkan jika diri yang jauh terpinggir dari cinta atau dalam erti kata lain masih belum dimiliki, jiwa akan meronta-ronta untuk mencari?
Apa yang dikejar oleh kita sebagai hambanya? Kenapa merendahkan maruah sebagai gadis untuk melayakkan kita memiliki cinta manusia yang belum tentu kekal..

Wanita itu seperti mahkota, merupakan takhta yang melambangkan darjat kebesaran seseorang,, Begitu tinggi darjat wanita namun kenapa direndahkan begitu sahaja?
( Sebaik-baik wanita adalah yang tak memandang atau dipandang . “Jangan kamu merasa bangga kecantikanmu dikejar jutaan lelaki kerana ia penghinaan kepadamu.” )
 *Jika kau merasa bangga maka kau menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai , yang bisa dipijak dan dimiliki sesiapa sahaja dimana seorang pengemis pun mampu memilikimu.
* Namun jika kau menganggapnya sebagai musibah buat dirimu , maka kau telah memuliakan dirimu setanding mutiara zabarjad yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga sahaja.
Begitu sangat berharganya nilai maruah bagi seorang wanita yang memuliakan dirinya.. anggaplah sebagai bonus jika hati ini masih belum dimiliki , mungkin Allah itu tahu apa yang terbaik untuk hambanya.

Manusia tak pernah merasa puas dengan apa yang ada dan ingatlah wanita di luar sana , jika diri dan hati masih kekosongan tanpa dicintai janganlah memilih pasangan secara melulu. Tuhan dah tetapkan untuk kita jodoh masing-masing , dan kita hanya perlu berdoa memohon diperkenankan bersama insan yang baik dan soleh. Aku juga insan biasa yang pernah merasa nikmatnya dicintai dan mencintai. Tapi siapa kita sebagai hambanya untuk melawan takdir.? Ajal maut , jodoh , dan setiap yang terjadi itu atas kekuasaanNya.. Bila DIA mengkehendakkan begitu , maka jadilah.. (kun fayakun) . Tapi betapa sedihnya aku bila ada manusia yang boleh menghancurkan hidup sendiri apabila kecewa dan disakiti. Kenapa kita yang tuhan kurniakan nikmat akal boleh berfikir sesingkat itu.? Setiap yang terjadi yang boleh merawatnya adalah kita sendiri. Apabila ia berkaitan dengan soal hati, turunlah guru dari langit sekalipun tapi kalau kita tidak muhasabah diri, that’s nothing.. Sebab bila kita kata:
 “ Aku tak boleh lupakan dia ”
So macamana hati nih boleh lepas dari mengingati luka yang terjadi? Kalau kita nak sesuatu cubalah untuk dapatkannya.. tak salah pun. Tapi kalau apa yang kita nak tue tak dapat kenapa kita tak cuba berfikir.
“Kenapa aku kehilangan dia ?”
·         Mungkin sebab dia bukan yang terbaik.
·         Tuhan tahu apa yang lebih baik untuk kita. Cuba kalau perpisahan nih terjadi pada saat yang berbeza iaitu bila dah kawin atau da ada anak ker.. Tak ker banyak lagi masalah yang akan datang? Tuhan menguji standing dengan kemampuan kita..
  Fikir secara rasional tanpa emosi itu sebaik-baik jalan menyelesaikan masalah jiwa.

Cinta manusia sekarang adalah hanya “CINTA”…
Saya cintakan awak..

No! tak payahlah nak terus percaya.. terdesak sangat ker wahai gadis? Lelaki.. dia akan bercakap dan terus bercakap.. Aku bukan nak judge suma laki tue sama, tapi kita patut pandai menilai..
Cinta nafsu lebih banyak dari cinta hakiki dan sejati.  Mengagungkan cinta yang selayaknya adalah lebih baik.. Mencintai tuhanmu melebihi cinta kepada sang pencinta. Mencintai rasulmu melebihi mencintai dirimu sendiri.. kenapa sukarnya kita merealisasikan cinta dalam konteks islamik yang sebenar-benarnya??
Aku pernah terfikir dengan sebenar-benar pemikiran apabila terbaca ayat ini:

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah , maka garanglah terhadap dirimu sendiri.jika kamu merasa manisnya berhubung dengan Allah, tahulah kamu peritnya berpisah denganNya.

Pernah ke kita menikmati kemesraan dengan Dia? pencipta kita? Kita boleh menghuraikan betapa nikmatnya mencintai kekasih hati tapi leka untuk mengingatiNya.. layakkah kita sebagai hambanya menolak jauh nama pencipta dalam hati kita?
Tahulah kamu peritnya berpisah denganNya.
Bagaimana bentuk perpisahan itu? Kita sering meratapi sakitnya, perihnya bila berpisah atau putus cinta tapi bila jauh dari tuhan kita seolah-olah tak rasa apa-apa.. kita semakin jauh dan terasa semakin bebas .. kita bangga memperkenalkan yang diri sudah dimilikki tapi kenapa tidak berbangga apabila pemilik diri kita yang hak adalah DIA? Mengagungkan yang bukan hak itu adalah kerana tingginya kejahilan.. Jahil membuka minda yang tuhan itu maha mulia, maha agung , maha pencinta.. DIa tuhan semesta alam yang berhak dicintai dalam erti kata cinta yang sebenar-benarnya..

By: Norha Dasuha 

p/s : Cinta sejati takkan wujud apabila manusia gagal mencintai tuhannya.. Salam tarbiyah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...