Ahad, 1 Januari 2012

Bila ex aku bercerita pasal ex dia. *Kisah Benar

.

Jeng3
Assalamualaikum olzz

 Nih entry sempena tahun baru. Semoga kita semua tinggalkan benda lama dan mulakn hidup baru. Yeh… bersemangat lah weii. Hidup nih Cuma sekali jer Cuma janganlah ter over plak ..

Berbalik pada tajuk. Korang faham tak tajuk yang aku post nih? Tak faham. ? kisah benar tuh faham kan? Ok dengar baik-baik yeh. Wazzup2. Tiada siaran ulangan lagi. Ini kawan aku punya citer. Namanya Siti ( bukan nama sebenar) .Hidup antara dia ngn Bf dia yang sekarang dah merangkak slow2 jadi Ex Bf lah. Citernya bermula macam nih.

Lakonan semula ~

Satu hari tu aku ( kawan aku ok) tengah borak-borak sakan ngn Bf . borak punya borak tiba-tiba aku teringin lah jugak nak tahu sal makwe dia yang dulu iaitu sebelum aku. Aku pun dengan selamba nyer tanya kat dia.

“ Makwe abang yang dulu tu macamana yer?Ada macam Siti tak?”

“ Tak payah lah citer pasal dia. Abang tak suka. Benci kat dia” ujar si pakwe membuat muka tak selesa. Hanya menyedut air sambil sesekali matanya membuang pandang di luar restoran itu.

Tapi tiba-tiba aku rasa cam terasa. Rasa cam tak bez lah pulak. Macam ex dia 2 adalah aku. Kenapa dulu senang jer boleh sayang pastuh bila putus benci gila-gila.. Ah lelaki!!

“ Nape Abang benci dia? dulu Abang boleh sayang dia jer. ”

“ Kan Abang dah cakap jangan bincang pasal nih. Dia tuh curang ngn abang.”

Tiba-tiba si pakwe melenting. OMG teruk jugak penngan Ex dia. AKu pun cuba nak trick cket2 kasi sejuk aty dia.

“ Takdelah. Nanti kalau Abang putus ngn Siti. Abang citer kat makwe baru abang cam tuh pasal siti, siti mesti terluka nanti.” Entah kenapa hari tuh teremotional lah plak.

“ Tak. Abang takkan cakap macam tuh. Siti ngn Abang kan dah tak boleh nak pisah kan.” Kata si pakwe memujuk Siti.

But in the end, dorang berpisah jugak. Dan sekarang genap setahun enam bulan dorang berpisah. Siti masih pasrah dengan semua nih sedangkan si pakwe telah pun mempunyai kekasih hati yang tersangat-sangat dicintainya. Ura-ura juga mengatakan si pakwe akan bertunang tak lama lagi. Amat malanglah kan buat siti sebab dia setia gila sehinggakan dia tak pernah pinggirkan si pakwe dari hati dia. dia cakap kat aku lau si pakwe nak dia balik, dia akan trima.. sebab tu lah dia sekarang solo. Setia pun kadag-kadang susah jugak.huuhuhhu.

 Betul jugak apa orang cakap kan? Kalu korang duk hina ex pasangan korang, tak mustahil nanti korang akan termakan hinaan sendiri. Korang mungkin suka dengar bila pasangan korang cakap benci kat ex dia tapi cuba korang piker lau korang memegang status *EX itu? Sangat sedih kan?


Moralnya kat sini ialah jangan percaya lelaki.. ops tersebar propaganda lah pulak. Bukan jangan percaya tapi jangan 100% percaya. Dan jgn berharap lebih2..Cuba korang bayangkan siti bagitahu aku dulunya dia dapat rasa hubungan dia ngn si pakwe dah tak boleh dipisahkan . macam dah jadi lah lau orang tua cakap. Si pakwe pun memang gila-gila babas syayang kat siti nih.namun betullah apa yang dicakapkan oleh warga veteran kita hanya merancang dan yang tentukan adalah Dia, Allah swt. Ajal , maut , pertemuan tuh suma kat tangan Dia , jadi korang janganlah nak bunuh diri ke hape sebab frust. Memang sedih dan terluka bila ditinggalkan tapi pernah tak korang pk hikmah disebaliknya. Dia tak layak untuk kita. Kita boleh dapat yang lebih baik nanti.


Untuk yang tengah bercinta sekarang tak termasuk aku lar sebab aku solo , janganlah nak syayang lelebiy. Nanti korang akan benci dia llelagi lelebiy bila putus . Nak syayang tuh biarlah ada hadnya. Macamana korng memandu kat atah jalan raya yang perlukn korang ikut had laju yang ditetapkan macam tuhlah korang perlu ikut had untuk syayang someone. Takut nanti bila guna had laju yang lebih dari sepatutnya , korang akan terbabas dan risiko untuk korang terluka tuh tersangatlah tinggi.

Aku bukan nak ajar macamana nak pandu ikut had laju tapi korang tafsirlah makna tersirat sebalik yang tersurat tuh. Yang aku bley cakap lau korang nak wat lesen motor ke kereta nanti ikut lah had laju yang betul. Nak wat lesen sekarang nih ongkosnya murah lau tak silap aku jadi pergilah buat awal-awal. Tambahhan pulak nanti lau lama-lama mungkin ongkosnya meningkat.so….

Papp!!!

Sape tampar aku weiiii!…  huhu L

Merepek~

p/s: Macamana dorang berpisah nanti aku post di entri seterusnya dengan tajuk *Ego Memakan Diri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...