Selasa, 3 Januari 2012

Sketsa Melamar Kekasih Hati~

Assalamualaikum olzzz

ceritanya bermulanya begini~~~



Amir dan Zarul masing-masing tengah berdebat mengenai cara melamar yang tersangat sweet masa ini. Masing-masing ada pendapat sendiri dan cuba pertahankan kaedah lamaran yang terbaik oleh masing-masing. Cadangan demi cadangan dibuat untuk sesi lamaran yang bakal berlangsung.

“Aku rasa malam nih masa sesuai aku lamar Fita. Cadangan aku camnih Rul, kalau aku ajak Fita g makan kat Ice Cream CafĂ© petang nih.Pastuh…..” kata-kata Amir terhenti disitu apabila Zarul terlebih dulu memotong.

“Pastuh kau letak cincin lam ice cream. Bila si fita belek-belek ice cream terus teraba cincin. Pas tuh kau melutut and propose dia. cam 2?” jelas Zarul sambil memeluk tubuh.

Amir memandang Zarul dengan terkejut.Mata nya terkebil-kebil. Tangannya masih memegang kemas kotak baldu yang terkandung cincin untuk kekasihnya.

“Macamana kau tahu Rul?”

“ Tahulah , aku. Cadang yang lain lah.”

“ok. Kalau aku letak banyak belon dalam bonet kereta.  Pastuh aku suh dia pergi ambik barang lam bonek. Bajet surprise larr.. Bila dia buka bonet tengok belon dengan banner yang tertera perkataan I LOVE U macamna?ok tak?”

“ Kenapa kau tak biar Fita sorok lam bonet jer.” Zarul buat muka selamba.

“ Main-main lah kau nih. Habis tuh macamana yang boleh?” Amir mula fed-up. Diletakkan kotak baldu biru di atas meja.

“Semua tuh dah tak relevan dah. Benda orang dah buat. Dah boleh agak dah.”

“Tapi sweet ape ?erm.. Habis tuh macamana benda yang tak buat lagi?” tanya Amir pasrah.

 “Kaedah aku nih mudah jer.. kau dengar baik-baik. Takde orang pernah buat lagi. Konpem. Kau , aku dan Fita berkawan dah lama. Aku mesti nak Fita tuh rasa lamaran yang kau buat nanti boleh wat dia menangis habis..” panjang lebar Zarul menjelaskan.

“ Cakap jerlah” Amir mula menyampah.

“ Cenggini.. bla.. bla.. bla…”

Lalu pada petang itu Amir pun mempraktikkan kaedah yang dicadangkan oleh Zarul.. Amir dan Fita sedang menjamu selera di SnowIceGelora restaurant atau SIG restaurant. Tempat itu merupakan tempat romantic yang dicadangkan oleh Zarul. Keadaan persekitaran seperti berada di kutub utara. Merupakan restoran yang popular di Bangkok. Restoran itu menghadkan beberapa ruang untuk pasangan bercinta menikmati makanan yang disajikan. Di suatu sudut Amir dan Fita sedang berborak.

“ Ita dah lapar? Pukul berapa nak balik?”

Disebabkan gugup. Amir tak tahu untuk memulakan langkahnya. Dia semakin gelabah. Dan sangat gementar. Fita kelihatan felik bin ajaib dengan keadaan Amir yang selama ini sentiasa cool dan selamba sahaja.

“ Amir kenapa? Dari tadi lagi tanya cam 2. Kita dah order makanan dah dua kali. Makan pun dah habis dah. ” jelas Fita menggelengkan kepalanya.

“ oh ye ker? Hah. Amir sengaja jer bergurau..takpelah jom lah balik.. ”

Setelah itu drama pun bermula~

 Lalu amir menuju keluar dari bilik tadi diiringi Fita ke kaunter bayaran  . Amir yang kelihatan sedang mencari sesuatu membuat muka kepada Fita.. dia menyeluk saku seluar kiri dan kanannya berulang-ulang kali.

“ larr.. Amir lupa nak bawak dompet lah Fita.. boleh tolong bayar tak..?” Fita mengangguk kepala.

Lalu pelayan memberi resit bayaran kepada Fita. Maka segala-galanya terjawab apabila tulisan pada resit tadi terdapat ayat yang dinanti-nantikan dia selama ini..

Sudi tak Nur Syafita Bt Zaudin menjadi isteri saya..

Fita terkejut apabila melihat Amir telah melutut dengan menghulurkan sekotak cincin kepadanya. Semua orang di restoran tersebut ternyata terkejut. Ada yang tersentuh, ada yang melaugkan OMG dan tidak kurang juga yang menjerit-jerit kepada Fita supaya menerimanya.

Tanpa melengah lagi Fita menyambut kotak baldu biru itu dari tangan Amir. Amir lalu berdiri memeluk pelayan yang memberi resit itu.. Fita kelihatan menangis dan masih terkejut ditenangkan oleh pelayan tadi yang tidak dijangka rupanya lelaki itu adalah Zarul.. Kelihatan Zarul senyum segaris seperti ada sesuatu yang terbuku dihatinya. Ketiga-tiga mereka akhirnya berpelukan namun tidak siapa tahu Zarul juga mencintai Fita.

“Aku bangga dapat realisasikan hasrat aku untuk membuat Fita merasai kemanisan lamaran yang telah lama aku impikankan. Walaupun bukan aku yang menjadi pelamarnya..” luah Zarul dalam hatinya.

The End~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...