Isnin, 23 Januari 2012

Motivasi Sang Hati

Hari yang sangat indah untuk dilalui. Berjalan dan membesar bersama masa. Aku semakin hari semakin matang. Siapa sangka badan sekecil ini.Dengan rupa kebudakkan. ( xmatang ) 

Namun aku mempunyai satu jiwa yang sangat kuat.. ya aku yakin. dia pergi meninggalkan aku. pergi juga bersama masa. dan aku sendirian bersama masa.





Aku terlepas pandang. masa yang dibiarkan berlalu begitu sahaja cukup membazirkan. Demi tuhan yang jiwaku berada di tanganNya. yup, dia membuka mata, membuka hati aku untuk menerima. Tuhan adalah pintu segala kesusahan. 

Ketuklah pintu itu dan kita tidak perlu ragu sama ada pintu itu dibuka atau tidak. Kerana setiap ketukan pasti membantu kita untuk memasuki pintu itu. Walau bagaimana keadaan kita sekalipun jangan ragu dengan pertolonganNya. 

Berdirilah di depan pintu itu. niatlah sehabis ikhlas. Bila kita membuka lembaran baru dalam hidup , janganlah dipandang dan dibaca helaian yang lama. Kerana kita sendiri tahu ia bakal mengundang sakit dijiwa. Aku menerima seadanya . 

Satu demi satu dugaan menimpa. setelah habis penat lelah aku menderita, kini Dia membuka jalan penyudahnya. Hanya aku dan DIA yang tahu segalanya. Dia


Ya Rabbul Izzati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...